Halaman

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Selasa, 22 Disember 2015

BOLA SEPAK DAN KEBEBASAN.

Kebebasan didalam bola sepak yang dijelaskan Henry seakan serupa dengan F.A Hayek berkenaan keterbatasan Akal (A berhuruf besar).

Menyedari bahawa Akal si Coach tidak mampu mengawal semua pemain dengan menyediakan perancangan yang rapi untuk setiap pemain bagi menjaringkan gol, maka tugas si coach hanya menyediakan prinsip asas untuk semua orang supaya boleh sampai kepada 'the last Third'(TLT) dan apabila sampai kepada 'the last third' terpulang kepada akal (a berhuruf kecil-disinilah peranan a untuk setiap individu) pemain untuk menjaringkan gol.

Malah untuk sampai kepada TLT tersebut pemain harus percaya kepada rakan pasukan yang lain dari segi pegangan bola, hantaran dan sebagainya. Hanya perlu satu prinsip yang  mampu menyerlahkan potensi setiap individu bukannya memaksa.


Selasa, 20 Mei 2014

Burden Run:Rope edition 2014

Ini marathon bersama yang kitaorang masuk sekali,  hanya 4 orang ahli CK je yang  berlari  sorang lagi sebagai guardian hahaha. Last minit jugak la join event ni. Yang buat marathon ni menarik kita kena bawa beban sambil berlari untuk 5km yang kedua (5km yang pertama berlari biasa, total 10km). Beban yang perlu dibawa merupakan tali seberat 6-7kg untuk lelaki dan 4-5 kg untuk wanita. Dan yang buat lagi mencabar UM mempunyai jalan yang berbukit. Event ni mula dalam pukul 7 pagi dan tamat sepenuhnya lebih kurang 11.00 pagi. Yang pasti, bila balik segala sakit-sakit badan semua datang hahaha.