Baju ni aku feeling-feeling nak rase macam dapat jersi dari player lepas Final. kalau ikut Jersi UCL nama kelab tak ada di belakang baju hanya nama player je yang ada dan posisinya di atas nombor pemain. 2013 adalah tahun paling gemilang dan gembira (buat penyokong) buat FC Bayern sebab tahun ni first time FC Bayern Join barisan elite kelab eropah dalam hal treble (setakat ni ada 7 kelab jer). Badge of Honor pulak sepatutnya bila sesuatu kelab tu menang 5x UEFA Champions League je yang dapat, tapi sebab FC Bayern pernah menang 3x berturut-turut (1974, 1975, 1976-golden era) maka melayakkan bayern dapat Badge of Honor (Ajax pun dapat). Watermark petak-petak pada jersi ni melangbangkan logo Bavaria, dan ni antara jersi favorite sebab design dan kain dia macam klasik.
Memaparkan catatan dengan label Koleksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi. Papar semua catatan
Rabu, 13 Januari 2016
Sabtu, 2 Januari 2016
GERMANY JERSEY-WC HOME 2014
Tahun 2014 adalah tahun yang berjaya menamatkan penantian aku sebagai salah seorang peminat pasukan bola sepak Jerman untuk menang Piala Dunia dan berjaya menebus kekecewaan aku pada tahun 2002, 2006, 2010 (edisi WC la). Masih ingat lagi, WC berlansung masa bulan puasa 2014, start game dari suku akhir je aku start keluar dengan abang-abang dan kawan-kawan (kebanyakannya peminat FC Bayern Munchen jugak-ada jugak peminat kelab selain FC Bayern minat Jerman) aku untuk tonton diluar. 2 di Dataran Merdeka (France vs Germany & Germany vs Argentina) dan 1 di NZ (Brazil vs Germany) di hadapan KLCC.
sebulan tak lalu makan (nasib baik puasa) sebab berdebar setiap kali game, hahahah. semua game aku yakin menang (kecuali start dari suku-akhir dan keatas) tapi berdebar kalau diaibkan team underdog (Ghana, U.S, dan Algeria). Masa lawan France paling berdebar sebab boleh kata France pun antara yang kuat kalau ikut prestasi semasa. Menang 4-0 dengan Portugal tu tak expect boleh dapat 4 tapi yakin menang la sebab rekod Jerman dengan Portugal baik setakat pengetahuan aku. Dengan Brazil aku agak goyang, walaupun nampak Brazil memang harapkan Neymar dan laluan dia agak mudah sebelum berjumpa Jerman. Goyang sebab rekod Jerman buruk kalau jumpa Brazil, tapi aku percaya Brazil masa 2014 memang Jerman mampu kalahkan sebab lawan Jerman semua kuat-kuat dan ade nama la, kiranya Jerman dah diuji dulu sebelum jumpa Brazil. 7-1 tu yang buat tak percaya, sebab belum habis replay gol, dah ade gol baru yang masuk terutama minit ke 23-29 permainan. Yang penting puas hati la masa tu, terbalas balik masa 2002, kebetulan kat laman sendiri dan coach yang sama pulak tu.
Bila Final pulak, aku takut sangat kecewa macam yang lepas-lepas, dan harap Jerman tak buat silap bodoh la kalau nak kalah pun. Paling risau bila 90 minit da tamat tanpa sebarang gol. Walaupun rekod penalti Jerman baik, tapi tak berani nak cakap sebab separuh akhir keeper Agentina dah terbukti boleh save 2 sepakan pemain Belanda masa tu dan rekod hanyalah tinggalan sejarah sebab bolak sepak ni is all about current performance. Gandingan Goetze dan Schurle akhirnya membuahkan hasil pada minit 113 yang masa gol tu aku tak berani nak sorak sampailah pengadil tiup wisel, sebab masa 2012 FC Bayern main Final kat tempat sendiri pun kalah sebab jaringan last minit Drogba. jadi biar dah kompem baru la sorak dan lega hahaha. Bila Refree tiup je rasa macam nak terbang sebab happy gile, WC ni dah la 4 tahun sekali, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup nak tengok pasukan kegemaran kita menang. Tambah pulak, dah banyak kali masuk final dan semi tapi kalah.
Jersi ni aku tribute untuk kemenangan WC 2014. Cuma tak ada Patch WC (yang ori) sebab FIFA control katanya kalau ada pun mahal. tapi Patch tu pun tak smart macam Patch UEFA keluarkan. yang paling penting ni mungkin baju terakhir ada 3 bintang.
GERMANY JERSEY-GOALKEEPER 2010
Aku hanya tahu kewujudan jersi penjaga gol ni boleh di beli masa tengok brader kedai jual jersi di Bukit Bintang pakai (tak ingat tahun berape). Bagi aku nampak cantik(mungkin sebab warna dia kot) dan rare. akhirnya aku pun order satu tapi masa aku order tu da susah nak jumpa dan nama untuk jersey ni pun dah tak di buat dan tak ada lagi (yang original la). jadi aku pun buat nama tu kat kedai yang boleh print nama untuk jersey dan harga pun tak mahal mana berbanding dengan ori (aku tak ingat harga berapa). Cuma yang agak kecewa sikit, tukang heatpress tu tak study dengan google macam mana placing nama NEUER macam kat jersey Neuer. tapi ape pun nameset ni masih tahan lagi la...dan aku pun jarang pakai jersi ni sebab sayang hahahaha.
Selasa, 29 Disember 2015
GERMANY JERSEY-HOME 2010 (climacool)
Jersi ni adalah jersi replica original pertama yang aku beli. beli tak ingat tahun bila, tapi murah dalam RM120 tak silap. masa sekolah menengah aku selalu beli jersi tepi Odeon depan Pertama dan Sogo je sebab tu je yang mampu. Jadi aku terntanya apa beza yang ori dan fake ni. bila aku pakai, rasa dia lain dan lebig selesa. Material dia dan details dia buat aku kagum berbanding yang fake.
Baju ni aku beli di Pertama kompleks sebelum raya (tak ingat tahun bila) dan dijual secara longgok bersama baju-baju sukan lain. aku korek-korek tibe-tibe terjumpa baju ni. harga murah (berbanding harga asal) dan selesa terus aku rembat. Sejak dari saat ni aku dah tak beli jersi fake dan tak pandang rendah pada kedai sukan yang jual longgok-longgok ni. setiap kali jumpa kedai sukan yang jual longgok aku akan singgah untuk cari jersi yang murah.
cumanya tahun 2010 aku kecewa bila jerman kalah dengan spain 1-0 di peringkat separuh akhir. aku masih ingat, rasa macam aku sorang atau tak ramai yang sokong jerman sebab masa tu Barca memang tengah mencanak naik tiki-taka diorang. Perlawanan tu aku tengok di McD Ayer Keroh depan Zoo Melaka sebab masa tu belajar Diploma di UiTM Lendu (@London hahaha), Alor Gajah.
GERMANY JERSEY-AWAY 2002 WC
Pada tahun 2002 aku berada pada tingkatan satu iaitu berumur 13 tahun. Pada awalnya (semasa sekolah rendah) aku kurang berminat untuk menonton sukan bola sepak dan hanya gemar bermain sukan tersebut je.
Kebetulan masa tingkatan 1 dan baru kenal dunia dengan lebih luas, aku terasa bahangnya WC 2002 yang diadakan di Korea & Jepun. mungkin sebab timing negara tu sama dengan kita, jadi tak perlulah aku yang pada masa tu budak sekolah nak terhegeh-hegeh bangun pagi macam tonton UEFA Champions League. Mungkin atas pemilihan lokasi ini menyebabkan aku sekarang antara peminat sukan bola yang suka menonton bola sepak (walaubagaimana pun aku seorang yang selective).
World Cup 2002 aku masih ingat Jerman bukanlah pasukan pilihan budak sezaman dan segenerasi aku sebab kami lebih terdedah kepada Bola Sepak Inggeris dan pemain Jerman pulak jarang bermain di Liga Inggeris. Ini membuatkan mereka memandang rendah terhadap keupayaan pasukan Jerman yang masa tu pun aku boleh di kira sebagai "bertuah" sebab boleh sampai ke peringkat akhir. Hanya Generasi 80 dan sebelumnya je maklum siapa sebenarnya pasukan Jerman.
ALL BLACKS WORLD CHAMPIONS (RUGBY ACTIVE COLLECTION)
Aku bukanlah peminat tegar sukan ragbi. tapi jersi All Blacks keluaran Adidas memang kebanyakannya cun-melecun. Jadi bila mata aku tak berkedip tengok jersi ni maka duit aku akan melayang. "Buy First Think Later" sentiasa menjadi motto collector (mungkin aku je kot hahaha). Jersi ni aku beli pun sebab dapat 20% diskaun harijadi bagi ahli 3stripe.co. dapatlah murah sikit dari Harga RM350, dapat RM 280. Dengan 3stripe.co ni, setiap pembelian RM100 ahli akan mendapat voucer RM 10
Aku nak bercerita pasal All Blacks ni pun aku tak tahu dan belum lagi berminat walaupun maklumat dihujung jari. untuk tu mungkin korang boleh baca sendirilah kot. aku pun tak nak berpura-pura kononnya peminat tegar semenjak dari lahir, ada baiknya kita berterus terang hahaha. dan minat aku hanya pada jersi pasukan ni sahaja.
Oleh itu, aku nak kongsikan dengan korang tentang jersi ni, jadi bolehlah tengok gambar dibawah.
Sabtu, 2 Mei 2015
"The 'House Party' Protocol, Sir?"
Koyak poket aku! Untuk review kali ni, aku nak kongsikan Fasal patung aksi HeartBreaker. Untuk patung aksi ini, Hot Toys tidak beri banyak aksesori melainkan 3 pasang tangan, 12 biji bateri (untuk digayakan dengan lampu) dan 1 platform. Aku tak tahu kenapa tak banyak aksesori, mungkin salah satu sebab ialah HeartBreaker tak muncul lama dalam filem Ironman3, jadi tak perlu lebih-lebih agaknya, kalau tak lagi koyak! hahahaha. Ok, jom layan gambar di bawah:
Rabu, 30 Julai 2014
Hot toys: King Leonidas 300
Kotak, koyak dan koyak duit poket kali ni. Memandangkan kami sudah idamkan lama figura aksi ni, demi minat dan hobi maka terpaksa la pejamkan mata, hahaha. Figura aksi ni sangat unik, yang mana bentuk badannya agak lain dari figura aksi lain, dimana garis sendi pada patung ini tidak kelihatan memandaghkan sejenis getah telah pun di salut bagi memberi kesan yang sangat terperinci pada patung tersebut.
Patung ni mungkin sudah berusia 3-4 tahun (semasa kami beli pada tahun 2014) memandangkan cerita 300 ditayangkan pada tahun 2010. Figura aksi ini kami beli 2nd hand memandangkan ianya tidak lagi akan dikeluarkan baru dan sangat terhad. Ini adalah figura aksi yang kedua termahal sejak membeli Samurai Predator . Harga asalnya dua ganda lebih murah dari beli second hand atau sekarang. Di Ebay, harganya boleh mencecah RM2000-RM3000. Mujurlah kami dapat lebih murah dari harga tersebut..
Figura aksi ini tidak mempunyai banyak aksesori:
-2pasang tangan
- lembing
-pedang
-sarung pedang
- perisai
-kain merah (mantel)
-Helmet
-2 jenis kepala
- tapak aksi
-busur panah yang melekat pada perisai
Di bawah adalah sedikit gambar untuk dikongsikan:
Patung ni mungkin sudah berusia 3-4 tahun (semasa kami beli pada tahun 2014) memandangkan cerita 300 ditayangkan pada tahun 2010. Figura aksi ini kami beli 2nd hand memandangkan ianya tidak lagi akan dikeluarkan baru dan sangat terhad. Ini adalah figura aksi yang kedua termahal sejak membeli Samurai Predator . Harga asalnya dua ganda lebih murah dari beli second hand atau sekarang. Di Ebay, harganya boleh mencecah RM2000-RM3000. Mujurlah kami dapat lebih murah dari harga tersebut..
Figura aksi ini tidak mempunyai banyak aksesori:
-2pasang tangan
- lembing
-pedang
-sarung pedang
- perisai
-kain merah (mantel)
-Helmet
-2 jenis kepala
- tapak aksi
-busur panah yang melekat pada perisai
Di bawah adalah sedikit gambar untuk dikongsikan:
Isnin, 30 Jun 2014
Samurai Predator!!!
Setakat ni, ini lah barangan koleksi paling mahal yang kami pernah beli. Paling buat kami tertarik adalah pada helmet patung ni, unik dan ganas. Tambahan, pakaian dan aksesori yang direka buat patung ni nampak lebih menarik.
Watak ni setahu kami tak pernah muncul dalam mana-mana filem holywood(sudah tentu filem bukan keluaran holywood takkan keluarkan cerita ni). Ianya direka oleh beberapa orang artis (seperti yang tertera pada kotak). Kami akui kami tak mengenali artis tersebut, tapi yang pasti mereka telah menghasilkan sesuatu yang awesome!!!
Apa yang ade dalam kotak ni?
Diorana/platform Alien.
7 jenis tapak tangan.
2 jenis samurai(rosak dan elok).
Helmet samurai.
2jenis rahang(terbuka dan tertutup).
Meriam di bahu.
Aksesori samurai dan sarung samurai.
Kepala alien yang putus.
Di bawah adalah gambar-gambar figura aksi tersebut.
Watak ni setahu kami tak pernah muncul dalam mana-mana filem holywood(sudah tentu filem bukan keluaran holywood takkan keluarkan cerita ni). Ianya direka oleh beberapa orang artis (seperti yang tertera pada kotak). Kami akui kami tak mengenali artis tersebut, tapi yang pasti mereka telah menghasilkan sesuatu yang awesome!!!
Apa yang ade dalam kotak ni?
Diorana/platform Alien.
7 jenis tapak tangan.
2 jenis samurai(rosak dan elok).
Helmet samurai.
2jenis rahang(terbuka dan tertutup).
Meriam di bahu.
Aksesori samurai dan sarung samurai.
Kepala alien yang putus.
Di bawah adalah gambar-gambar figura aksi tersebut.
Rabu, 11 Jun 2014
Hot Toys: Classic Predator (Movie Masterpiece).
Kali ni aku nak bawa korang melihat-lihat koleksi figura aksi yang buat aku lebih serius dalam hobi ni(tapi ape pun tengok status poket jugak la haha.). Aku sangat tertarik dengan perinci figura aksi ni sangat mengagumkan terutama di bahagian keseluruhan kepala dan aksesori predator ni. Figura ini di hasilkan berdasarkan filem predator tahun 2010. Classic predator adalah watak paling ikonik antara lain-lain watak predator. Figura ni aku beli 2nd han hanya kerana nak dapat yang lebih murah dari yang baru. Untuk pengetahuan kalian, agak payah nak cari figura aksi yang ikonik dalam pasaran di Malaysia. Kalau ada pun harganya tetap mahal. Jangan terkejut jika figura tu masih lagi baru tak pernah dibuka atau hanya sekali dibuka untuk tujuan pemeriksaan, harganya boleh meningkat dari tahun ke tahun.
Dalam kotak ni anda akan dapat beberapa aksesori berikut:
2 jenis topeng (rosak dan tidak rosak).
6 jenis tangan.
2 jenis mulut( terbuka dan tertutup).
Platform tempat predator berdiri.
2 Pad elektronik tangan.
Yang best nye figura aksi ini dilengkapi dengan lampu LED yang memberi efek cahaya pada topeng dan pad elektronik tangan predator ni. So tak nak cakap banyak, tengok je gambar ni haha.
Dalam kotak ni anda akan dapat beberapa aksesori berikut:
2 jenis topeng (rosak dan tidak rosak).
6 jenis tangan.
2 jenis mulut( terbuka dan tertutup).
Platform tempat predator berdiri.
2 Pad elektronik tangan.
Yang best nye figura aksi ini dilengkapi dengan lampu LED yang memberi efek cahaya pada topeng dan pad elektronik tangan predator ni. So tak nak cakap banyak, tengok je gambar ni haha.
Langgan:
Catatan (Atom)
