Halaman

Halaman

Rabu, 13 Januari 2016

FC BAYERN MUNCHEN - HOME FINAL 2013

Baju ni aku feeling-feeling nak rase macam dapat jersi dari player lepas Final. kalau ikut Jersi UCL nama kelab tak ada di belakang baju hanya nama player je yang ada dan posisinya di atas nombor pemain. 2013 adalah tahun paling gemilang dan gembira (buat penyokong) buat FC Bayern sebab tahun ni first time FC Bayern Join barisan elite kelab eropah dalam hal treble (setakat ni ada 7 kelab jer). Badge of Honor pulak sepatutnya bila sesuatu kelab tu menang 5x UEFA Champions League je yang dapat, tapi sebab FC Bayern pernah menang 3x berturut-turut (1974, 1975, 1976-golden era) maka melayakkan bayern dapat Badge of Honor (Ajax pun dapat). Watermark petak-petak pada jersi ni melangbangkan logo Bavaria, dan ni antara jersi favorite sebab design dan kain dia macam klasik.





Match detail.

walaupun made in Thailand, tapi jersi ni aku pesan dari UK.
June 2013 jersi ni keluar dari kilang.




Kalau jersi dari luar negara, tag jersi ada sedikit penambahan penerangan.


Bawah ni la Badge of Honor, aku pilih 4 tu sebab kononnya sebelum menang UCL la time tu hahaha.
Star ball n Respect ni biasa bagi kelab yang dapat tempat dalam persaingan UCL.
Kenapa Lahm, sebab dia kapten yang mengetuai pasukan untuk menjuarai UCL selepas kecewa tahun 2012, dah la main tempat sendiri, kalah pulak dengan kelab inggeris bengang je.

Mia San Mia adalah slogan atau pun falsafah FC Bayern yang di terjemahkan 
"kita adalah (siapa) Kita"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan