dan memang Banyak warung yang menjual satay di sini. Episode kali ni, aku cuba makan satay di Jabi dan warung tersebut diberi nama lanang yang mana aku tak sempat nak tanya kenapa sebab kedai tu terlalu sibuk untuk layan pertanyaan remeh dari aku.
Memaparkan catatan dengan label Bersiar-siar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bersiar-siar. Papar semua catatan
Selasa, 29 Disember 2015
#CARI MAKAN(edisi Besut-episode2).
Aku pernah berbual dengan seorang makcik yang duduk di Jabi. aku tanya area mana makcik tu duduk (macamlah tahu semua kampung di Jabi). dan Makcik tu kata duduk di area/Zon orang jual satay di Jabi. Dari sini timbul keinginan aku nak makan satay di Jabi, sebab Makcik tu bagitahu Zon tu wujud atas dasar kerajaan negeri satu daerah satu industri (aku bukanlah penyokong mazhab ekonomi terancang).
#CARI MAKAN(edisi Besut-episode1).
Masa mula sampai kat sini aku mula fikir, mane tempat makan yang best/sedap/menarik untuk disinggah. Aku cube Google, tak banyak yang membantu. Kalau ada pun, kedai yang sama. Atas sebab tu aku rasa terpanggil untuk menyelak tudung saji di Besut dan mungkin di sekitar negeri Terengganu yang sempat menjadi tempat jajahan cari makan aku.
Jadi skala yang aku guna untuk menentukan rasa sedap 1 hingga 5 bintang. 1paling tak best dan 5 paling best. Memandangkan rasa ni subjektif dan aku bukan chef, maka aku galakkan para pembaca untuk cuba sendiri dan lagi bagus menyangkal rasa apa yang aku rasa dengan penulisan. Hehehe. Manalah tahu, ade chef yang baca ke, sekurang-kurangnya ilmu tu berkembang melalui cara kritikan dan penulisan. Barulah menepati semangat 'Iqra'.
Untuk pengetahuan umum, sebenarnye dah banyak kedai pernah aku pergi. Cumanya kesederan untuk merekodkan tempat jajahan cari makan yang aku pergi belum timbul. Idea ni datang masa rasa bosan ape lagi aku nak buat kat Besut. Hahahaha.
Ok kedai pertama untuk episod 1 ni, aku rase terpanggil untuk di tulis dalam blog adalah kedai Pizza House. Kedai ni terletak di kawasan Pasar Kampung Raja, kalau dari Jerteh sebelah kiri selepas lampu trafik di bangunan Majlis Daerah Besut. Kalau dari Kuala Besut sebelah kanan selepas Petronas Kampung Raja. Kedai ni betul-betul tepi jalan sekali pandang macam Bus Stop. aku tahu kedai ni pun dari kawan aku.
Sabtu, 28 Jun 2014
Folklore Festival Petaling Jaya
20/6/2014 Aku tak pernah tahu program ni tentang apa, tapi bagi aku pelancarannya bagi aku sangat berjaya. Festival ni bertujuan untuk meraikan cerita-cerita rakyat dan ambil pengajaran yang ada dalam cerita-cerita rakyat. Festival ni disertai oleh beberapa buah negara seperti Ghana, Korea, Philipines, Indonesia, Thailand, Iran, Sri Lanka dan Malaysia. Program ini dirasmikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kesemua negara membuat persembahan pada malam tersebut. Memang menarik dan unik!
Kesemua negara membuat persembahan pada malam tersebut. Memang menarik dan unik!
Sabtu, 31 Mei 2014
Ada apa pada sekolah 1893?
31 Mei 2014 adalah tarikh dimana pertama kali aku masuk ke dalam sekolah yang tertubuh pada tahun 1893 yang dikenali sebagai V.I ( tafsiran aku Victoria Institue). Sekolah ni tak de lah jauh mana pun memandangkan aku pun duduk di Kuala Lumpur, cumanya tidak ada sebab untuk aku kesana dan kali ni berpeluang atas tiket undangan majlis perkhawinan. Apa yang aku kagum adalah reka bentuk bangunan lamanya dan umurnya saja cukup menggambarkan bahawa bangunan ini telah menyimpan banyak kisah sejarah dari peringkat individu ke peringkat negara (yang aku rase paling tinggilah atau mungkin antarabangsa). Apa pun aku tak mahu terlalu takjub dengan kemegahan sekolah tersebut.
Kebetulan aku duduk semeja dengan sepasang suami isteri yang mana si suami ini adalah bekas warga pendidik di sini(menurut lisan pak cik tulah). Lantas aku terus bertanya, apa istimewanya sekolah ni? Dia menjawab, tanpa cikgu muridnya mampu berjalan(berdikari) dengan sendiri. Apa pun aku berterima kasih dengan jawapan tu, cumanya aku rasa sama je dengan ape yang aku lalui di sekolah yang mana aktiviti di luar bidang akademik pelajarnya juga mampu berdikari cumanya kami akan berada dalam dilemma apabila aktiviti tersebut memerlukan sokongan dana yang besar. Di sini kekurangan yang ada pada geng aku la masa sekolah dulu dan agak kecewa bila sekolah tak pandang pun usaha kami. Ape boleh buat akademik, kelas darjah dan peperiksaan adalah segala-galanya, tapi sudahnya negara pun kelaut, tak jugak melahirkan seorang einstein ataupun Ibn Rushd pun.
Apa mungkin aku kurang faham maksud "berjalan" pak cik tadi, adakah yang dimaksudkan adalah dari mula tertubuhnya sesuatu pasukan sehingga mencari dana sendiri atau hanya terhenti sampai melakukan sesuatu aktiviti sahaja?
Wallahualam...

Langgan:
Catatan (Atom)