Halaman

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Idea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Idea. Papar semua catatan

Selasa, 22 Disember 2015

BOLA SEPAK DAN KEBEBASAN.

Kebebasan didalam bola sepak yang dijelaskan Henry seakan serupa dengan F.A Hayek berkenaan keterbatasan Akal (A berhuruf besar).

Menyedari bahawa Akal si Coach tidak mampu mengawal semua pemain dengan menyediakan perancangan yang rapi untuk setiap pemain bagi menjaringkan gol, maka tugas si coach hanya menyediakan prinsip asas untuk semua orang supaya boleh sampai kepada 'the last Third'(TLT) dan apabila sampai kepada 'the last third' terpulang kepada akal (a berhuruf kecil-disinilah peranan a untuk setiap individu) pemain untuk menjaringkan gol.

Malah untuk sampai kepada TLT tersebut pemain harus percaya kepada rakan pasukan yang lain dari segi pegangan bola, hantaran dan sebagainya. Hanya perlu satu prinsip yang  mampu menyerlahkan potensi setiap individu bukannya memaksa.


Sabtu, 28 Jun 2014

Tiki-taka?

Tiki-taka sudah parah berdarah. Tak lengkap kalau mengatakan Real Madrid yang menjumpai antidot pada falsafah ini, 7-0(FC Bayern vs FC barca) pada 2013 adalah tahun antidot ini ditemukan (tak lupa Brazil vs Spain 3-0 pada piala konfederasi 2013).

Kos Tiki-taka terlalu tinggi untuk di terapkan, terdedah pada serangan kilat yang effektif dan perlu punya pemain yang berkemahiran serta kebolehan yang tinggi. Persoalannya adakah tiki-taka akan menjadi lebih kuat dengan mengambil kira pelbagai kritikan(seperti menukar formasi 4-3-3 kepada 3-4-3 dan menambah baik pada kelemahan falsafah tersebut) atau terus ditinggalkan saja falsafah ini?

Ahad, 25 Mei 2014

Perpaduan yang sial!

Orang Melayu tidak akan maju selagi  mereka terus takut dengan perpecahan.
Perpercahan tidak semestinya membawa kemusnahan (walau pada awalnya seakan-akan begitu). Perpecahan akan menjadikan sesuatu bangsa itu menjadi lebih kuat, kritis dan maju. Perpecahan yang dimaksudkan adalah perpecahan yang produktif.
Perpecahan yang melawan kebejatan untuk mempertahankan nilai kemanusiaan dan kelangsungan sesuatu tamadun.

Sebenarnya sejarah telah banyak membuktikan kelebihan perpecahan yang produktif cuma kita saja yang malas ambil tahu dan meletakkan ketidakmatangan atas kehendak sendiri dan terus kekal dengan keadaan itu.

Kita boleh ambil contoh seperti Barat. bukti perpecahan mereka adalah dengan wujudnya negara-negara di Eropah, penjajahan, peperangan dan tertubuhnya negara Amerika itu sendiri. Hari ini Eropah tidak dikenali sebagai sebuah negara tetapi sebagai benua sahaja.

Jika rasakan Barat itu tidak kena dengan budaya kita, Sirah Nabi (yang sering dituduh sebagai pengkhianat dan pembawa perpecahan) juga kita boleh ambil sebagai bukti perpecahan yang produktif. Perpecahan mazhab (sunni dan syiah(pelbagai sub mazhab lagi dalam dua mazhab terbesar tersebut)).

Jika masih rasakan perpecahan tersebut masih jauh dari alam melayu, sejarah Parameswara juga berpecah (dengan melarikan diri dari Majapahit) dan seterusnya membina tamadun kosmopolitan Melaka yang gemilang.

Runtuhnya perpecahan yang produktif itu kerana bersatu dibawah bendera kebejatan. Bersatu yang tidak tahu membezakan baik dan buruk dan antara moral dan tidak bermoral. Perpaduan yang sial sungguh celaru.