Halaman

Halaman

Ahad, 25 Mei 2014

Perpaduan yang sial!

Orang Melayu tidak akan maju selagi  mereka terus takut dengan perpecahan.
Perpercahan tidak semestinya membawa kemusnahan (walau pada awalnya seakan-akan begitu). Perpecahan akan menjadikan sesuatu bangsa itu menjadi lebih kuat, kritis dan maju. Perpecahan yang dimaksudkan adalah perpecahan yang produktif.
Perpecahan yang melawan kebejatan untuk mempertahankan nilai kemanusiaan dan kelangsungan sesuatu tamadun.

Sebenarnya sejarah telah banyak membuktikan kelebihan perpecahan yang produktif cuma kita saja yang malas ambil tahu dan meletakkan ketidakmatangan atas kehendak sendiri dan terus kekal dengan keadaan itu.

Kita boleh ambil contoh seperti Barat. bukti perpecahan mereka adalah dengan wujudnya negara-negara di Eropah, penjajahan, peperangan dan tertubuhnya negara Amerika itu sendiri. Hari ini Eropah tidak dikenali sebagai sebuah negara tetapi sebagai benua sahaja.

Jika rasakan Barat itu tidak kena dengan budaya kita, Sirah Nabi (yang sering dituduh sebagai pengkhianat dan pembawa perpecahan) juga kita boleh ambil sebagai bukti perpecahan yang produktif. Perpecahan mazhab (sunni dan syiah(pelbagai sub mazhab lagi dalam dua mazhab terbesar tersebut)).

Jika masih rasakan perpecahan tersebut masih jauh dari alam melayu, sejarah Parameswara juga berpecah (dengan melarikan diri dari Majapahit) dan seterusnya membina tamadun kosmopolitan Melaka yang gemilang.

Runtuhnya perpecahan yang produktif itu kerana bersatu dibawah bendera kebejatan. Bersatu yang tidak tahu membezakan baik dan buruk dan antara moral dan tidak bermoral. Perpaduan yang sial sungguh celaru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan