Halaman

Halaman

Sabtu, 31 Mei 2014

Ada apa pada sekolah 1893?

31 Mei 2014 adalah tarikh dimana pertama kali aku masuk ke dalam sekolah yang tertubuh pada tahun 1893 yang dikenali sebagai V.I ( tafsiran aku Victoria Institue). Sekolah ni tak de lah jauh mana pun memandangkan aku pun duduk di Kuala Lumpur, cumanya tidak ada sebab untuk aku kesana dan kali ni berpeluang atas tiket undangan majlis perkhawinan. Apa yang aku kagum adalah reka bentuk bangunan lamanya dan umurnya saja cukup menggambarkan bahawa bangunan ini telah menyimpan banyak kisah sejarah dari peringkat individu ke peringkat negara (yang aku rase paling tinggilah atau mungkin antarabangsa). Apa pun aku tak mahu terlalu takjub dengan kemegahan sekolah tersebut.

Kebetulan aku duduk semeja dengan sepasang suami isteri yang mana si suami ini adalah bekas warga pendidik di sini(menurut lisan pak cik tulah). Lantas aku terus bertanya, apa istimewanya sekolah ni? Dia menjawab, tanpa cikgu muridnya mampu berjalan(berdikari) dengan sendiri. Apa pun aku berterima kasih dengan jawapan tu, cumanya aku rasa sama je dengan ape yang aku lalui di sekolah yang mana aktiviti di luar bidang akademik pelajarnya juga mampu berdikari cumanya kami akan berada dalam dilemma apabila aktiviti tersebut memerlukan sokongan dana yang besar. Di sini kekurangan yang ada pada geng aku la masa sekolah dulu dan agak kecewa bila sekolah tak pandang pun usaha kami. Ape boleh buat akademik, kelas darjah dan peperiksaan adalah segala-galanya, tapi sudahnya negara pun kelaut, tak jugak melahirkan seorang einstein ataupun Ibn Rushd pun.

Apa mungkin aku kurang faham maksud "berjalan" pak cik tadi, adakah yang dimaksudkan adalah dari mula tertubuhnya sesuatu pasukan sehingga mencari dana sendiri atau hanya terhenti sampai melakukan sesuatu aktiviti sahaja?

Wallahualam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan