Halaman

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Makan-makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan-makan. Papar semua catatan

Selasa, 29 Disember 2015

ASSAMGUMPAL @ SANGGUMPAL ???

Ape yang buat aku tertarik nak post kuih ni sebab nama dia ade gumpal mengingatkan aku pada kucing dirumah yang bernama 'Gumpal' atas sebab ekornya bergumpal-gumpal (hahaha). Berbalik pada cerita kuih, kuih ni dikatakan berasal dari negeri pantai timur (mungkin negeri lain ade cuma nama lain).

makanan ni ditaja oleh rakan pejabat, rasa dia manis-manis, sagu/sago di kepal-kepal sehingga memberikan bentuk bulat, dalam sago tersebut di letak inti kacang merah. Kuahnya diperbuat dari santan (mungkin campur gula atau manisan lain) kalau tak silap aku dan kuah ni yang buat dia rasa manis.

Rasanya tak jauh beza dengan lompat tikam dan kuih-kuih melayu yang lain yang mempunyai asas yang sama (santan, sago, tepung) macam kuih ni.

inilah dia kuihnye.


 ditempah khas dalam balang.

#CARI MAKAN(edisi Besut-episode2).

Aku pernah berbual dengan seorang makcik yang duduk di Jabi. aku tanya area mana makcik tu duduk (macamlah tahu semua kampung di Jabi). dan Makcik tu kata duduk di area/Zon orang jual satay di Jabi. Dari sini timbul keinginan aku nak makan satay di Jabi, sebab Makcik tu bagitahu Zon tu wujud atas dasar kerajaan negeri satu daerah satu industri (aku bukanlah penyokong mazhab ekonomi terancang).

dan memang Banyak warung yang menjual satay di sini. Episode kali ni, aku cuba makan satay di Jabi dan warung tersebut diberi nama lanang yang mana aku tak sempat nak tanya kenapa sebab kedai tu terlalu sibuk untuk layan pertanyaan remeh dari aku.

#CARI MAKAN(edisi Besut-episode1).

Masa mula sampai kat sini aku mula fikir, mane tempat makan yang best/sedap/menarik untuk disinggah. Aku cube Google, tak banyak yang membantu. Kalau ada pun, kedai yang sama. Atas sebab tu aku rasa terpanggil untuk menyelak tudung saji di Besut dan mungkin di sekitar negeri Terengganu yang sempat menjadi tempat jajahan cari makan aku.

Jadi skala yang aku guna untuk menentukan rasa sedap 1 hingga 5 bintang. 1paling tak best dan 5 paling best. Memandangkan rasa ni subjektif dan aku bukan chef, maka aku galakkan para pembaca untuk cuba sendiri dan lagi bagus menyangkal rasa apa yang aku rasa dengan penulisan. Hehehe. Manalah tahu, ade chef yang baca ke, sekurang-kurangnya ilmu tu berkembang melalui cara kritikan dan penulisan. Barulah menepati semangat 'Iqra'.

Untuk pengetahuan umum, sebenarnye dah banyak kedai pernah aku pergi. Cumanya kesederan untuk merekodkan tempat jajahan cari makan yang aku pergi belum timbul. Idea ni datang masa rasa bosan ape lagi aku nak buat kat Besut. Hahahaha.

Ok kedai pertama untuk episod 1 ni, aku rase terpanggil untuk di tulis dalam blog adalah kedai Pizza House. Kedai ni terletak di kawasan Pasar Kampung Raja, kalau dari Jerteh sebelah kiri selepas lampu trafik di bangunan Majlis Daerah Besut. Kalau dari Kuala Besut sebelah kanan selepas Petronas Kampung Raja. Kedai ni betul-betul tepi jalan sekali pandang macam Bus Stop. aku tahu kedai ni pun dari kawan aku.

Jom tengok ape yang ade:

Selasa, 10 Jun 2014

Minum petang.

Bagi aku cendol adalah minuman terbaik untuk minum petang lebih-lebih lagi waktu panas. Cendol yang akan diketengahkan ni berada di kawasan Samudera, Batu Caves. Kenapa aku pilih disini? Sebab aku rasa ni cendol yang best setakat aku pernah makan kat area batu caves lagi pun dekat dengan rumah aku. Gerai ni berkonsepkan gerai mudahalih(lori), jadi makanan dan minuman adalah terhad. Kalau datang disini aku cadangkan pesan mee goreng dan cendol. Gerai ni terletak di hadapan pangsapuri yang terletak di belakang Giant Batu Caves. Apa pun enjoy your meal!!!





Isnin, 2 Jun 2014

Makan Pankek jom!!

Review kali ni aku nak bawak ziarah bertanya khabar ke rumah lempeng atau dalam bahasa inggerisnya Pankek House. Kedai ni bertempat di Megamall Midvalley yang terletak di bahagian antara centre court dan east atrium tingkat 1. Senang cerita kalau nampak kedai krispy kreme tu memang da dekat sangat la.

Harga makanan kedai ni tak terlalu mahal dan tak juga terlalu murah(mampu), tapi yang boleh aku katakan portionnya berbaloi. Hal sedap tu tafsiran masing-masing, cuma bagi aku sedap(tapi bukan sangat-sangat). Apa lagi jemput makan la!!!!


Dua gambar diatas adalah menu set yang harga dari RM 16-20.00 (ade air+pankek+makanan utama).








Selasa, 20 Mei 2014

Makan di Gold Chilli

Lokasi kedai ni berada di ss15 USJ berdekatan dengan kedai buku I am Lejen dan bersebelahan dengan kedai mamak darussalam. Masakan killer yang buat aku sentiasa nak datang ke sini adalah makanan chicken butter dan assam pedas. Memang superb! Dan setakat ni chicken butter kat sini yang paling terbaik aku pernah rasa dan untuk assam pedas dia pula setakat ni yang terbaik di sekitar K.L dan Selangor sebab assam pedas ni aku hanya makan bila berada di Melaka je (sebab aku rase setakat lewat lidah aku memang tempat ni je yang boleh buat aku makan sambil menggeleng kepala hahaha).