Aku pernah berbual dengan seorang makcik yang duduk di Jabi. aku tanya area mana makcik tu duduk (macamlah tahu semua kampung di Jabi). dan Makcik tu kata duduk di area/Zon orang jual satay di Jabi. Dari sini timbul keinginan aku nak makan satay di Jabi, sebab Makcik tu bagitahu Zon tu wujud atas dasar kerajaan negeri satu daerah satu industri (aku bukanlah penyokong mazhab ekonomi terancang).
dan memang Banyak warung yang menjual satay di sini. Episode kali ni, aku cuba makan satay di Jabi dan warung tersebut diberi nama lanang yang mana aku tak sempat nak tanya kenapa sebab kedai tu terlalu sibuk untuk layan pertanyaan remeh dari aku.
inilah rupa satay nye....
cuma yang aku agak kurang puas hati, dia hadkan 1 orang lebih kurang sepuluh cucuk je (tu kalau kau tak mintak tambah la atau mungkin sebab orang terlalu ramai). rasa satay dia boleh layan la, tapi satay kecik, harga pun ok, tak silap aku kena tak lebih RM15 termasuk 2 air. Aku bagi 2 Bintang sahaja yang mengambil kira dari segi rasa, kecepatan, dan saiz hidangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan