Aku bukanlah peminat tegar sukan ragbi. tapi jersi All Blacks keluaran Adidas memang kebanyakannya cun-melecun. Jadi bila mata aku tak berkedip tengok jersi ni maka duit aku akan melayang. "Buy First Think Later" sentiasa menjadi motto collector (mungkin aku je kot hahaha). Jersi ni aku beli pun sebab dapat 20% diskaun harijadi bagi ahli 3stripe.co. dapatlah murah sikit dari Harga RM350, dapat RM 280. Dengan 3stripe.co ni, setiap pembelian RM100 ahli akan mendapat voucer RM 10
Aku nak bercerita pasal All Blacks ni pun aku tak tahu dan belum lagi berminat walaupun maklumat dihujung jari. untuk tu mungkin korang boleh baca sendirilah kot. aku pun tak nak berpura-pura kononnya peminat tegar semenjak dari lahir, ada baiknya kita berterus terang hahaha. dan minat aku hanya pada jersi pasukan ni sahaja.
Oleh itu, aku nak kongsikan dengan korang tentang jersi ni, jadi bolehlah tengok gambar dibawah.
apa yang aku suka lgo heat press dia memeang mengancam.
Logo Piala kat bahagian lengan tu menceritakan rekod kemenangan pasukan All Blacks sebanyak 3 kali. Piala Dunia Ragbi ni diadakan 4 kali setahun (macam FIFA World Cup la). setakat ni All Blacks je yang menang 2x berturut-turut dan pasukan ni juga adalah pasukan pertama yang menjuarai Piala ini semasa ini mula di institusikan pada tahun 1987.
Tag ini mengucapkan terima kasih dengan harapan pembeli yang memakai jersi ini sekaligus mempromosikan sukan ini pada dunia.
Butang tambahan sekiranya butang di kolar baju tertanggal dan hilang/pecah. itu pun kalau korang beli baju ni buat main ragbi la.
kalau korang perasan tag putih tu tulis "11/15" bermaksud baju ni dikeluarkan dari kilang (kalau tak silap la) pada November 2015. aku beli pada 27 Disember 2015, kira masih panas lagi la ni hahahaha.
Ini dia cerita buat kat mana.Yang ni cerita cara basuh yang tak merosakkan baju dalam pelbagai bahasa.
Kalau korang rasa gatal tangan mungkin nak letak nombor di belakang baju, ini arahan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan daripada jersi berlubang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan