Pada tahun 2002 aku berada pada tingkatan satu iaitu berumur 13 tahun. Pada awalnya (semasa sekolah rendah) aku kurang berminat untuk menonton sukan bola sepak dan hanya gemar bermain sukan tersebut je.
Kebetulan masa tingkatan 1 dan baru kenal dunia dengan lebih luas, aku terasa bahangnya WC 2002 yang diadakan di Korea & Jepun. mungkin sebab timing negara tu sama dengan kita, jadi tak perlulah aku yang pada masa tu budak sekolah nak terhegeh-hegeh bangun pagi macam tonton UEFA Champions League. Mungkin atas pemilihan lokasi ini menyebabkan aku sekarang antara peminat sukan bola yang suka menonton bola sepak (walaubagaimana pun aku seorang yang selective).
World Cup 2002 aku masih ingat Jerman bukanlah pasukan pilihan budak sezaman dan segenerasi aku sebab kami lebih terdedah kepada Bola Sepak Inggeris dan pemain Jerman pulak jarang bermain di Liga Inggeris. Ini membuatkan mereka memandang rendah terhadap keupayaan pasukan Jerman yang masa tu pun aku boleh di kira sebagai "bertuah" sebab boleh sampai ke peringkat akhir. Hanya Generasi 80 dan sebelumnya je maklum siapa sebenarnya pasukan Jerman.
Masa mula minat menonton ni aku jadikan Jerman sebagai pasukan pilihan sebab nak berbeza dengan orang lain dan tak nak ikut-ikutan. cari haluan sendiri untuk minat bola sepak. Masa masuk peringkat akhir, ramai yang tak menyokong Jerman untuk menang, dan masa aku jalan-jalan kat Bukit Bintang hampir semua orang pakai baju/jersi berwarna kuning dan masa tu laku kalau jual merchandise Brazil.
Keputusannya Jerman kalah 2-0, dan macam biasa yang menyokong Jerman akan dibahan atas kekalahan tersebut hahahha. Tapi tu tak melemahkan semangat aku dan buat aku terus meminati Jerman. Faktor lain yang menyebabkan aku menjadikan Jerman sebagai pasukan pilihan adalah adik beradik aku jugak, Abang aku minat FC Bayern Munchen yang jadi juara Champions League pada tahun 2000, sebelumnya kalah 2-1 kepada M.U pada tahun 1999 dan aku bengang je tengok balik game tu, M.U. hanya perlukan masa tambahan je untuk menang walaupun Bayern menguasai permainan sepanjang 90minit.
Berbalik pada cerita asal, aku beli jersi (harga tak ingat berapa dalam RM250-300 macam tu) ni pada tahun pertengahan 2014 yang aku kenali di Facebook korang boleh cari nama Blow Wind. Syukur dia terbuka untuk jual jersi ni kat aku, dan aku terkejut yang semua tag masih lagi dalam kondisi asal dan tidak pernah di pakai. Bila aku beli ni aku berjanji pada diri sendiri yang aku takkan pakai baju ni dan biarkan kekal keadaannya seperti sekarang.
jom tengok dengan lebih dekat jersi ni.
yang ni cerita dan promote produk adidas dalam pelbagai bahasa.
ni bukti yang tag tu masih lagi melekat dan terikat pada baju.
ni pulak tag yang masih melekat pada tag saiz baju.untuk pengetahuan korang, jersi sekarang susah nak cari made in UK (ataupun mungkin dah tak wujud) sebab globalisasi menuntut persaingan harga untuk hidup.
cara basuh jersi. sebenarnya mudah tak perlu masuk mesin(mesin boleh merosakkan jersi), hanya perlu rendam jersi yang lepas diguna kedalam baldi yang berisi air dan tuangkan sedikit sabun dan jangan letak terlalu banyak sabun.
pelekat nombor 2 masih lagi melekat pada tag saiz baju setelah bertahun pada baju.
2 lapis baju untuk menampakkan warna kelabu metalic.
ini tahun jersi ni di keluarkan, 02/02 = February 2002
Trademak jersi Jerman/Adidas yang melambangkan dan menceritakan identiti pasukan.
Kesimpulannya, Jersi ini not for sale hahaha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan