Halaman

Halaman

Selasa, 29 Disember 2015

#CARI MAKAN(edisi Besut-episode1).

Masa mula sampai kat sini aku mula fikir, mane tempat makan yang best/sedap/menarik untuk disinggah. Aku cube Google, tak banyak yang membantu. Kalau ada pun, kedai yang sama. Atas sebab tu aku rasa terpanggil untuk menyelak tudung saji di Besut dan mungkin di sekitar negeri Terengganu yang sempat menjadi tempat jajahan cari makan aku.

Jadi skala yang aku guna untuk menentukan rasa sedap 1 hingga 5 bintang. 1paling tak best dan 5 paling best. Memandangkan rasa ni subjektif dan aku bukan chef, maka aku galakkan para pembaca untuk cuba sendiri dan lagi bagus menyangkal rasa apa yang aku rasa dengan penulisan. Hehehe. Manalah tahu, ade chef yang baca ke, sekurang-kurangnya ilmu tu berkembang melalui cara kritikan dan penulisan. Barulah menepati semangat 'Iqra'.

Untuk pengetahuan umum, sebenarnye dah banyak kedai pernah aku pergi. Cumanya kesederan untuk merekodkan tempat jajahan cari makan yang aku pergi belum timbul. Idea ni datang masa rasa bosan ape lagi aku nak buat kat Besut. Hahahaha.

Ok kedai pertama untuk episod 1 ni, aku rase terpanggil untuk di tulis dalam blog adalah kedai Pizza House. Kedai ni terletak di kawasan Pasar Kampung Raja, kalau dari Jerteh sebelah kiri selepas lampu trafik di bangunan Majlis Daerah Besut. Kalau dari Kuala Besut sebelah kanan selepas Petronas Kampung Raja. Kedai ni betul-betul tepi jalan sekali pandang macam Bus Stop. aku tahu kedai ni pun dari kawan aku.

Jom tengok ape yang ade:




 kalau dari Kuala Besut akan jumpa Petronas.
 Kalau dari Kampung Raja akan jumpa lampu trafik depan bangunan Majlis Daerah

 Ini Piza Salai.
 Waffle peanut butter.
malangnya aku terlupa nak ambil gambar menu kedai ni....tak pelah, yang penting korang boleh datang sendiri dan cuba makanan di sini.

Kesimpulan, kedai ni aku boleh kelaskan sebagai 1.5-2 bintang je....rasa dia kena dengan harga dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan