ok, berbalik kepada cerita asal. iNDULGE ni menawarkan pengalaman menonton wayang secara exklusif. Jadi harga dia mahal berbanding dengan jenis tiket yang lain.
iNDULGE terbahagi kepada:
-RM55.00 (Premium)
-RM79.00(Premium with Semi Buffet)
-RM110.00(Twin)
-RM158.00 (Twin With Semi Buffet)
sebelum masuk dalam panggung, penonton akan dihidangkan makanan secara buffet iaitu makan sampai kenyang (itu pun tengok jenis tiket yang korang ambil). kalau tak silap boleh datang sejam awal sebelum filem mula dimainkan.
ni antara gambar yang sempat diambil:
kalau korang perasan meja kecik tu makanan yang ditempah(bayar asing), makanan buffet tak boleh bawa masuk.
kalau tak sempat boleh order makanan dari kerusi wayang. tapi yang ni kena bayar asing walaupun korang ambil tiket with semi buffet.
kerusi wayang memang canggih. ada butang duduk/baring/sandar yang boleh ditekan untuk keselsaan penonton. selimut juga disediakan jika sejuk dan rasa nak tidur.
Setakat ni hanya TGV di 1 Utamaj e yang menawarkan pengalaman ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan