Bagi aku cendol adalah minuman terbaik untuk minum petang lebih-lebih lagi waktu panas. Cendol yang akan diketengahkan ni berada di kawasan Samudera, Batu Caves. Kenapa aku pilih disini? Sebab aku rasa ni cendol yang best setakat aku pernah makan kat area batu caves lagi pun dekat dengan rumah aku. Gerai ni berkonsepkan gerai mudahalih(lori), jadi makanan dan minuman adalah terhad. Kalau datang disini aku cadangkan pesan mee goreng dan cendol. Gerai ni terletak di hadapan pangsapuri yang terletak di belakang Giant Batu Caves. Apa pun enjoy your meal!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan