Jersi ni adalah jersi replica original pertama yang aku beli. beli tak ingat tahun bila, tapi murah dalam RM120 tak silap. masa sekolah menengah aku selalu beli jersi tepi Odeon depan Pertama dan Sogo je sebab tu je yang mampu. Jadi aku terntanya apa beza yang ori dan fake ni. bila aku pakai, rasa dia lain dan lebig selesa. Material dia dan details dia buat aku kagum berbanding yang fake.
Baju ni aku beli di Pertama kompleks sebelum raya (tak ingat tahun bila) dan dijual secara longgok bersama baju-baju sukan lain. aku korek-korek tibe-tibe terjumpa baju ni. harga murah (berbanding harga asal) dan selesa terus aku rembat. Sejak dari saat ni aku dah tak beli jersi fake dan tak pandang rendah pada kedai sukan yang jual longgok-longgok ni. setiap kali jumpa kedai sukan yang jual longgok aku akan singgah untuk cari jersi yang murah.
cumanya tahun 2010 aku kecewa bila jerman kalah dengan spain 1-0 di peringkat separuh akhir. aku masih ingat, rasa macam aku sorang atau tak ramai yang sokong jerman sebab masa tu Barca memang tengah mencanak naik tiki-taka diorang. Perlawanan tu aku tengok di McD Ayer Keroh depan Zoo Melaka sebab masa tu belajar Diploma di UiTM Lendu (@London hahaha), Alor Gajah.
aku suka detail dia pada logo persatuan bola sepak ni. nombor pada bintang tu menunjukkan tahun yang Jerman pernah menang Piala Dunia/WC (1954, 1974 & 1990). Tahun 1954 WC guna piala jules rimet trophy yang ade figure dewa apollo menjunjung cawan. Jerman menang 3-2 keatas Hungary selepas ketinggalan 2-0 bangkit untuk menang meskipun ramai orang tahu masa tu Hungary memang pasukan yang lebih kuat dari Jerman (peringkat kumpulan Jerman pernah kalah 3-8 dengan Hungary). pada 1974 ni lah kali pertama Piala Dunia FIFA (dalam bahasa Inggerisnya dikenali FIFA World Cup Trophy) diperkenalkan dan Jerman adalah Juara pertama yang memegangnya pada tahun tersebut di gelanggang sendiri. 1990 pula, Jerman menang di Itali yang di kendalikan oleh Der Kaiser iaitu Franz Beckenbaur (1974 Kapten Jerman, 1990 Ketua Jurulatih Jerman-orang pertama muncul juara WC sebagai Player & Coach) dan Kapten adalah Lothar Matthaus.
Logo Adidas yang disulam.
Jersi Replica climacool, kalau dalam makam (dari segi perbandingan harga) jersi mungkin climacool adalah yang kedua terendah sebelum climalite. Climacool adalah standard jersi yang dijual dibutik Adidas dan kedai sukan yang lain.
seperti biasa, jersi keluaran Adidas pasti tidak mahu ketinggalan untuk menonjolkan identiti negara kelahirannya sendiri.
Tulisan Persatuan Bola Sepak Jerman di belakang kolar baju, kalau jersi 2002 di letakkan bendera jerman. boleh lihat disini jersi 2002.
Tanda saiz pada jersi.jersi dikeluarkan pada Oktober 2010.
Kalau jersi jenis Formotion, Line adidas dan logo adidas bukanlah disulam atau dijahit tetapi menggunakan heatpress sebab ikut player punya spesification jersi nak lebih ringan. Disebabkan dia Heatpress maka jersi tu kurang lasak berbanding climacool meskipun harga dia lebih mahal dari climacool. lebih serupa dengan pemain lebih mahal jersi tu. lagi pun player hanya pakai sekali je atau 2 kali (dalam satu game) itu pun kalau pemain tu bermain sepanjang 90minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan