Halaman

Halaman

Sabtu, 2 Januari 2016

GERMANY JERSEY-GOALKEEPER 2010

Aku hanya tahu kewujudan jersi penjaga gol ni boleh di beli masa tengok brader kedai jual jersi di Bukit Bintang pakai (tak ingat tahun berape). Bagi aku nampak cantik(mungkin sebab warna dia kot) dan rare. akhirnya aku pun order satu tapi masa aku order tu da susah nak jumpa dan nama untuk jersey ni pun dah tak di buat  dan tak ada lagi (yang original la). jadi aku pun buat nama tu kat kedai yang boleh print nama untuk jersey dan harga pun tak mahal mana berbanding dengan ori (aku tak ingat harga berapa). Cuma yang agak kecewa sikit, tukang heatpress tu tak study dengan google macam mana placing nama NEUER macam kat jersey Neuer. tapi ape pun nameset ni masih tahan lagi la...dan aku pun jarang pakai jersi ni sebab sayang hahahaha.



kalau korang nampak beza name set dia setiap huruf jarak agak luas bukannya rapat. yang apilng aku suka dia ade elbow pad, korang boleh nampak ade corak kotak-kotak pada lengan tu dia mungkin letak span agaknya untuk lindungi siku bila buat terbangan penyelamat gawang gol.

akhir kata, rase macam nak beli lagi je jersi ni hahaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan