Sejujurnya aku bukanlah seorang peminat filem Star Wars. Patung yang aku beli ni pun sebab aku rasa cool dan menarik jadi aku beli. Yang aku tau patung ni nama dia Clone trooper. Kalau nak tanya lebih pasal watak ni dalam cerita Star Wars aku memang gagal. Untuk tahu lebih mungkin boleh bertanya terus pada peminat filem tersebut atau kalau segan Google sudah. Tapi kalau nak aku kupaskan tentang pembelian patung ni tak ade masalah.
Patung ini dikeluarkan oleh syarikat Sideshow(sideshowcollectible.com) yang mana setakat pengetahuan aku syarikat ni selalu keluarkan watak-watak dari filem Star Wars. Syarikat ni juga mengeluarkan patung-patung (statue dan action figure) dari filem, komik dan sebagainya sebagai koleksi kepada pembeli.
Patung ni dikenali sebagai Clone Trooper Deluxe "Shiny". Shiny sebab dia memang berkilat macam askar baru (dan sememangnya ada versi yang bercalar atau kelihatan parut-parut perang pada pakaian Clone tersebut yang dikenali sebagai "veteran").
Apa yang dapat dalam kotak patung ni adalah:
Figura aksi.
3 senapang.
4 biji bom tangan.
1 beg yang boleh di tanggal pada belakang patung aksi ni.
13 belas tangan yang boleh ditukar.
Sepasang kaki yang boleh ditukar.
Platform tempat untuk patung ni berdiri.
2 kepala yang boleh ditukar.
Patung ni agak realistik kerana rekaannya sangat terperinci. Begitu juga dengan baju hitam patung ni yang di perbuat dari getah seolah-olah memakai tight sebelum memakai pakaian perang/amour( yang warna putih tu).
Nak lihat lebih lanjut sila lihat gambar dibawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan