Halaman

Halaman

Selasa, 29 Disember 2015

#CARI MAKAN(edisi Besut-episode2).

Aku pernah berbual dengan seorang makcik yang duduk di Jabi. aku tanya area mana makcik tu duduk (macamlah tahu semua kampung di Jabi). dan Makcik tu kata duduk di area/Zon orang jual satay di Jabi. Dari sini timbul keinginan aku nak makan satay di Jabi, sebab Makcik tu bagitahu Zon tu wujud atas dasar kerajaan negeri satu daerah satu industri (aku bukanlah penyokong mazhab ekonomi terancang).

dan memang Banyak warung yang menjual satay di sini. Episode kali ni, aku cuba makan satay di Jabi dan warung tersebut diberi nama lanang yang mana aku tak sempat nak tanya kenapa sebab kedai tu terlalu sibuk untuk layan pertanyaan remeh dari aku.

#CARI MAKAN(edisi Besut-episode1).

Masa mula sampai kat sini aku mula fikir, mane tempat makan yang best/sedap/menarik untuk disinggah. Aku cube Google, tak banyak yang membantu. Kalau ada pun, kedai yang sama. Atas sebab tu aku rasa terpanggil untuk menyelak tudung saji di Besut dan mungkin di sekitar negeri Terengganu yang sempat menjadi tempat jajahan cari makan aku.

Jadi skala yang aku guna untuk menentukan rasa sedap 1 hingga 5 bintang. 1paling tak best dan 5 paling best. Memandangkan rasa ni subjektif dan aku bukan chef, maka aku galakkan para pembaca untuk cuba sendiri dan lagi bagus menyangkal rasa apa yang aku rasa dengan penulisan. Hehehe. Manalah tahu, ade chef yang baca ke, sekurang-kurangnya ilmu tu berkembang melalui cara kritikan dan penulisan. Barulah menepati semangat 'Iqra'.

Untuk pengetahuan umum, sebenarnye dah banyak kedai pernah aku pergi. Cumanya kesederan untuk merekodkan tempat jajahan cari makan yang aku pergi belum timbul. Idea ni datang masa rasa bosan ape lagi aku nak buat kat Besut. Hahahaha.

Ok kedai pertama untuk episod 1 ni, aku rase terpanggil untuk di tulis dalam blog adalah kedai Pizza House. Kedai ni terletak di kawasan Pasar Kampung Raja, kalau dari Jerteh sebelah kiri selepas lampu trafik di bangunan Majlis Daerah Besut. Kalau dari Kuala Besut sebelah kanan selepas Petronas Kampung Raja. Kedai ni betul-betul tepi jalan sekali pandang macam Bus Stop. aku tahu kedai ni pun dari kawan aku.

Jom tengok ape yang ade:

Rabu, 23 Disember 2015

ADA APA DENGAN iNDULGE?

Lepas penat bekerja, terkadang rasa nak puaskan nafsu Haiwani atau Aristotle cakap "Kebahagiaan Haiwani"iaitu kebahagiaan untuk mendapat dan merasai nikmat je. bagi beliau nikmat(sementara) itu berbeza dengan bahagia(kekal).

ok, berbalik kepada cerita asal. iNDULGE ni menawarkan pengalaman menonton wayang secara exklusif. Jadi harga dia mahal berbanding dengan jenis tiket yang lain.

iNDULGE terbahagi kepada:
-RM55.00 (Premium)
-RM79.00(Premium with Semi Buffet)
-RM110.00(Twin)
-RM158.00 (Twin With Semi Buffet)

sebelum masuk dalam panggung, penonton akan dihidangkan makanan secara buffet iaitu makan sampai kenyang (itu pun tengok jenis tiket yang korang ambil). kalau tak silap boleh datang sejam awal sebelum filem mula dimainkan.

ni antara gambar yang sempat diambil:



Selasa, 22 Disember 2015

BOLA SEPAK DAN KEBEBASAN.

Kebebasan didalam bola sepak yang dijelaskan Henry seakan serupa dengan F.A Hayek berkenaan keterbatasan Akal (A berhuruf besar).

Menyedari bahawa Akal si Coach tidak mampu mengawal semua pemain dengan menyediakan perancangan yang rapi untuk setiap pemain bagi menjaringkan gol, maka tugas si coach hanya menyediakan prinsip asas untuk semua orang supaya boleh sampai kepada 'the last Third'(TLT) dan apabila sampai kepada 'the last third' terpulang kepada akal (a berhuruf kecil-disinilah peranan a untuk setiap individu) pemain untuk menjaringkan gol.

Malah untuk sampai kepada TLT tersebut pemain harus percaya kepada rakan pasukan yang lain dari segi pegangan bola, hantaran dan sebagainya. Hanya perlu satu prinsip yang  mampu menyerlahkan potensi setiap individu bukannya memaksa.


Sabtu, 2 Mei 2015

"Drop the gun. You are under arrest."

Hero filem zaman kanak-kanak (mungkin yang lahir zaman 80's dan early 90's) 'Robocop' kali ni dengan 'Die Cast' (metal). Tapi setakat yang aku pegang, rasa macam 20%-40% je yang 'Die Cast' (itu pun kalau aku jahil tentang 'Die Cast' la). Cuma yang aku suka tentang patung aksi ni dia berat dan bila berdiri agak stabil.

"The 'House Party' Protocol, Sir?"

Koyak poket aku! Untuk review kali ni, aku nak kongsikan Fasal patung aksi HeartBreaker. Untuk patung aksi ini, Hot Toys tidak beri banyak aksesori melainkan 3 pasang tangan, 12 biji bateri (untuk digayakan dengan lampu) dan 1 platform. Aku tak tahu kenapa tak banyak aksesori, mungkin salah satu sebab ialah HeartBreaker tak muncul lama dalam filem Ironman3, jadi tak perlu lebih-lebih agaknya, kalau tak lagi koyak! hahahaha. Ok, jom layan gambar di bawah:

Rabu, 30 Julai 2014

Hot toys: King Leonidas 300

Kotak, koyak dan koyak duit poket kali ni. Memandangkan kami sudah  idamkan lama figura aksi ni, demi minat dan hobi maka terpaksa la pejamkan mata, hahaha. Figura aksi ni sangat unik, yang mana bentuk badannya agak lain dari figura aksi lain, dimana garis sendi pada patung ini tidak kelihatan memandaghkan  sejenis getah telah pun di salut bagi memberi kesan yang sangat terperinci pada patung tersebut.

Patung ni mungkin sudah berusia 3-4 tahun (semasa kami beli pada tahun 2014) memandangkan cerita 300 ditayangkan pada tahun 2010. Figura aksi  ini kami beli 2nd hand memandangkan  ianya tidak lagi akan dikeluarkan baru dan  sangat terhad. Ini adalah figura aksi yang kedua termahal sejak membeli Samurai Predator . Harga asalnya dua ganda lebih murah dari beli second hand atau sekarang. Di Ebay, harganya boleh mencecah RM2000-RM3000. Mujurlah kami dapat lebih murah dari harga tersebut..

Figura aksi ini tidak mempunyai banyak aksesori:
-2pasang tangan
- lembing
-pedang
-sarung pedang
- perisai
-kain merah (mantel)
-Helmet
-2 jenis kepala
- tapak aksi
-busur panah yang melekat pada perisai

Di bawah adalah sedikit gambar untuk dikongsikan: