Baju ni aku feeling-feeling nak rase macam dapat jersi dari player lepas Final. kalau ikut Jersi UCL nama kelab tak ada di belakang baju hanya nama player je yang ada dan posisinya di atas nombor pemain. 2013 adalah tahun paling gemilang dan gembira (buat penyokong) buat FC Bayern sebab tahun ni first time FC Bayern Join barisan elite kelab eropah dalam hal treble (setakat ni ada 7 kelab jer). Badge of Honor pulak sepatutnya bila sesuatu kelab tu menang 5x UEFA Champions League je yang dapat, tapi sebab FC Bayern pernah menang 3x berturut-turut (1974, 1975, 1976-golden era) maka melayakkan bayern dapat Badge of Honor (Ajax pun dapat). Watermark petak-petak pada jersi ni melangbangkan logo Bavaria, dan ni antara jersi favorite sebab design dan kain dia macam klasik.
Rabu, 13 Januari 2016
Sabtu, 2 Januari 2016
GERMANY JERSEY-WC HOME 2014
Tahun 2014 adalah tahun yang berjaya menamatkan penantian aku sebagai salah seorang peminat pasukan bola sepak Jerman untuk menang Piala Dunia dan berjaya menebus kekecewaan aku pada tahun 2002, 2006, 2010 (edisi WC la). Masih ingat lagi, WC berlansung masa bulan puasa 2014, start game dari suku akhir je aku start keluar dengan abang-abang dan kawan-kawan (kebanyakannya peminat FC Bayern Munchen jugak-ada jugak peminat kelab selain FC Bayern minat Jerman) aku untuk tonton diluar. 2 di Dataran Merdeka (France vs Germany & Germany vs Argentina) dan 1 di NZ (Brazil vs Germany) di hadapan KLCC.
sebulan tak lalu makan (nasib baik puasa) sebab berdebar setiap kali game, hahahah. semua game aku yakin menang (kecuali start dari suku-akhir dan keatas) tapi berdebar kalau diaibkan team underdog (Ghana, U.S, dan Algeria). Masa lawan France paling berdebar sebab boleh kata France pun antara yang kuat kalau ikut prestasi semasa. Menang 4-0 dengan Portugal tu tak expect boleh dapat 4 tapi yakin menang la sebab rekod Jerman dengan Portugal baik setakat pengetahuan aku. Dengan Brazil aku agak goyang, walaupun nampak Brazil memang harapkan Neymar dan laluan dia agak mudah sebelum berjumpa Jerman. Goyang sebab rekod Jerman buruk kalau jumpa Brazil, tapi aku percaya Brazil masa 2014 memang Jerman mampu kalahkan sebab lawan Jerman semua kuat-kuat dan ade nama la, kiranya Jerman dah diuji dulu sebelum jumpa Brazil. 7-1 tu yang buat tak percaya, sebab belum habis replay gol, dah ade gol baru yang masuk terutama minit ke 23-29 permainan. Yang penting puas hati la masa tu, terbalas balik masa 2002, kebetulan kat laman sendiri dan coach yang sama pulak tu.
Bila Final pulak, aku takut sangat kecewa macam yang lepas-lepas, dan harap Jerman tak buat silap bodoh la kalau nak kalah pun. Paling risau bila 90 minit da tamat tanpa sebarang gol. Walaupun rekod penalti Jerman baik, tapi tak berani nak cakap sebab separuh akhir keeper Agentina dah terbukti boleh save 2 sepakan pemain Belanda masa tu dan rekod hanyalah tinggalan sejarah sebab bolak sepak ni is all about current performance. Gandingan Goetze dan Schurle akhirnya membuahkan hasil pada minit 113 yang masa gol tu aku tak berani nak sorak sampailah pengadil tiup wisel, sebab masa 2012 FC Bayern main Final kat tempat sendiri pun kalah sebab jaringan last minit Drogba. jadi biar dah kompem baru la sorak dan lega hahaha. Bila Refree tiup je rasa macam nak terbang sebab happy gile, WC ni dah la 4 tahun sekali, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup nak tengok pasukan kegemaran kita menang. Tambah pulak, dah banyak kali masuk final dan semi tapi kalah.
Jersi ni aku tribute untuk kemenangan WC 2014. Cuma tak ada Patch WC (yang ori) sebab FIFA control katanya kalau ada pun mahal. tapi Patch tu pun tak smart macam Patch UEFA keluarkan. yang paling penting ni mungkin baju terakhir ada 3 bintang.
GERMANY JERSEY-GOALKEEPER 2010
Aku hanya tahu kewujudan jersi penjaga gol ni boleh di beli masa tengok brader kedai jual jersi di Bukit Bintang pakai (tak ingat tahun berape). Bagi aku nampak cantik(mungkin sebab warna dia kot) dan rare. akhirnya aku pun order satu tapi masa aku order tu da susah nak jumpa dan nama untuk jersey ni pun dah tak di buat dan tak ada lagi (yang original la). jadi aku pun buat nama tu kat kedai yang boleh print nama untuk jersey dan harga pun tak mahal mana berbanding dengan ori (aku tak ingat harga berapa). Cuma yang agak kecewa sikit, tukang heatpress tu tak study dengan google macam mana placing nama NEUER macam kat jersey Neuer. tapi ape pun nameset ni masih tahan lagi la...dan aku pun jarang pakai jersi ni sebab sayang hahahaha.
Selasa, 29 Disember 2015
GERMANY JERSEY-HOME 2010 (climacool)
Jersi ni adalah jersi replica original pertama yang aku beli. beli tak ingat tahun bila, tapi murah dalam RM120 tak silap. masa sekolah menengah aku selalu beli jersi tepi Odeon depan Pertama dan Sogo je sebab tu je yang mampu. Jadi aku terntanya apa beza yang ori dan fake ni. bila aku pakai, rasa dia lain dan lebig selesa. Material dia dan details dia buat aku kagum berbanding yang fake.
Baju ni aku beli di Pertama kompleks sebelum raya (tak ingat tahun bila) dan dijual secara longgok bersama baju-baju sukan lain. aku korek-korek tibe-tibe terjumpa baju ni. harga murah (berbanding harga asal) dan selesa terus aku rembat. Sejak dari saat ni aku dah tak beli jersi fake dan tak pandang rendah pada kedai sukan yang jual longgok-longgok ni. setiap kali jumpa kedai sukan yang jual longgok aku akan singgah untuk cari jersi yang murah.
cumanya tahun 2010 aku kecewa bila jerman kalah dengan spain 1-0 di peringkat separuh akhir. aku masih ingat, rasa macam aku sorang atau tak ramai yang sokong jerman sebab masa tu Barca memang tengah mencanak naik tiki-taka diorang. Perlawanan tu aku tengok di McD Ayer Keroh depan Zoo Melaka sebab masa tu belajar Diploma di UiTM Lendu (@London hahaha), Alor Gajah.
ASSAMGUMPAL @ SANGGUMPAL ???
Ape yang buat aku tertarik nak post kuih ni sebab nama dia ade gumpal mengingatkan aku pada kucing dirumah yang bernama 'Gumpal' atas sebab ekornya bergumpal-gumpal (hahaha). Berbalik pada cerita kuih, kuih ni dikatakan berasal dari negeri pantai timur (mungkin negeri lain ade cuma nama lain).
makanan ni ditaja oleh rakan pejabat, rasa dia manis-manis, sagu/sago di kepal-kepal sehingga memberikan bentuk bulat, dalam sago tersebut di letak inti kacang merah. Kuahnya diperbuat dari santan (mungkin campur gula atau manisan lain) kalau tak silap aku dan kuah ni yang buat dia rasa manis.
Rasanya tak jauh beza dengan lompat tikam dan kuih-kuih melayu yang lain yang mempunyai asas yang sama (santan, sago, tepung) macam kuih ni.
inilah dia kuihnye.
ditempah khas dalam balang.
GERMANY JERSEY-AWAY 2002 WC
Pada tahun 2002 aku berada pada tingkatan satu iaitu berumur 13 tahun. Pada awalnya (semasa sekolah rendah) aku kurang berminat untuk menonton sukan bola sepak dan hanya gemar bermain sukan tersebut je.
Kebetulan masa tingkatan 1 dan baru kenal dunia dengan lebih luas, aku terasa bahangnya WC 2002 yang diadakan di Korea & Jepun. mungkin sebab timing negara tu sama dengan kita, jadi tak perlulah aku yang pada masa tu budak sekolah nak terhegeh-hegeh bangun pagi macam tonton UEFA Champions League. Mungkin atas pemilihan lokasi ini menyebabkan aku sekarang antara peminat sukan bola yang suka menonton bola sepak (walaubagaimana pun aku seorang yang selective).
World Cup 2002 aku masih ingat Jerman bukanlah pasukan pilihan budak sezaman dan segenerasi aku sebab kami lebih terdedah kepada Bola Sepak Inggeris dan pemain Jerman pulak jarang bermain di Liga Inggeris. Ini membuatkan mereka memandang rendah terhadap keupayaan pasukan Jerman yang masa tu pun aku boleh di kira sebagai "bertuah" sebab boleh sampai ke peringkat akhir. Hanya Generasi 80 dan sebelumnya je maklum siapa sebenarnya pasukan Jerman.
ALL BLACKS WORLD CHAMPIONS (RUGBY ACTIVE COLLECTION)
Aku bukanlah peminat tegar sukan ragbi. tapi jersi All Blacks keluaran Adidas memang kebanyakannya cun-melecun. Jadi bila mata aku tak berkedip tengok jersi ni maka duit aku akan melayang. "Buy First Think Later" sentiasa menjadi motto collector (mungkin aku je kot hahaha). Jersi ni aku beli pun sebab dapat 20% diskaun harijadi bagi ahli 3stripe.co. dapatlah murah sikit dari Harga RM350, dapat RM 280. Dengan 3stripe.co ni, setiap pembelian RM100 ahli akan mendapat voucer RM 10
Aku nak bercerita pasal All Blacks ni pun aku tak tahu dan belum lagi berminat walaupun maklumat dihujung jari. untuk tu mungkin korang boleh baca sendirilah kot. aku pun tak nak berpura-pura kononnya peminat tegar semenjak dari lahir, ada baiknya kita berterus terang hahaha. dan minat aku hanya pada jersi pasukan ni sahaja.
Oleh itu, aku nak kongsikan dengan korang tentang jersi ni, jadi bolehlah tengok gambar dibawah.
Langgan:
Ulasan (Atom)